Peluang Perniagaan di Malaysia

Pendapatan sampingan dengan perniagaan online.

Apakah Itu Francais?

Posted on | July 15, 2010 | Comments Off

Di Malaysia, perniagaan melalui sistem francais adalah agak baru. Akan tetapi, ianya merupakan perniagaan yang paling cepat berkembang di peringkat global. Di Malaysia, kerajaan telah mengenalpasti perniagaan francais sebagai satu di antara mekanisma yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu di antara program utama untuk membangunkan usahawan Bumiputera.
Tafsiran Francais
Francais ertinya kontrak atau perjanjian antara dua pihak (franchisor dan franchisee) yang memberi pemegang francais (franchises) hak untuk mengendalikan perniagaan

Mengikut sistem francais yang ditentukan oleh pemberi francais (franchisor) selama tempoh yang ditentukan oleh pemberi francais. Hak mengendalikan perniagaan ini merangkumi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh pemberi francais atau berhubungan dengan pemberi francais.

Franchisor merupakan syarikat yang mempunyai sistem pemasaran yang telah terbukti berjaya. Sistem francais digunakan oleh perniagaan-perniagaan berjaya untuk berkembang cepat dan melipatkali gandakan keuntungan mereka dengan mengamalkan sistem yang berjaya di lokasi baru. Sistem franchise membolehkan franchisor mengatasi kekangan modal kerana modal disediakan franchisee.

Sebahagian besar daripada perniagaan francais di Malaysia adalah dalam sektor makanan, perkhidmatan, aksesori wanita, keperluan rumah dan telekomunikasi. Syarikat-syarikat yang mengamalkan sistem francais termasuk McDonald, KFC, Hot Dog 1901, Kedai kasut Bata, Pizza Hut, Kedai Cosway dan Kopitiam.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang mempunyai satu sistem untuk difrancaiskan (kedai runcit pun boleh francais!), hubungi Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk pelbagai bantuan yang mereka sediakan. Laman web MFA : www.mfa.org.my

Comments

Comments are closed.